- Menjawab soalan-soalan percubaan negeri-negeri lain.
- Menjawab soalan peperiksaan tahun lepas.
- Menjawab soalan ramalan.
Kaedah menjawab :
LANGKAH-LANGKAH MENGURUS MASA SEBELUM SPM :
1. Bina "Planner peribadi" yang boleh ditampal dan dilihat setiap hari.
- Anda boleh menggunakan kertas mahjong untuk menyediakan planner ini.
- Tampal planner anda di tempat yang mudah dilihat.
- Catat tarikh penting dalam planner tersebut seperti tarikh dan waktu peperiksaan dengan jelas.
- Planner ini akan memberi gambaran kepada anda tentang tempoh masa yang anda masih ada sebelum menghadapi SPM.
- Anda dinasihatkan merujuk jadual sebenar SPM kerana setiap subjek mempunyai selang masa yang berbeza.
- Isi selang masa tersebut dengan aktiviti belajar mata pelajaran berikutnya.
- Rancang masa belajar seadilnya. Anda perlu bijak membahagikan masa kerana anda mungkin berhadapan dengan jadual yang padat. Cth : 3 subjek dalam 1 hari.
CONTOH AKTIVITI BELAJAR
AKTIVITI 1 : MEMBINA NOTA PADAT :
- Kumpul nota padat bagi semua subjek.
- Dalam tempoh ini anda sepatutnya sudah memiliki nota padat yang lengkap dan memahami setiap catatan dalam nota tersebut.
- Sekiranya tidak, anda boleh bekerjasama dengan rakan menyediakan nota padat ini.
- Nota padat ialah nota persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
- Dihasilkan setelah anda faham apa yang anda pelajari.
- Terdiri daripada kata kunci / simbol / rajah / angka / gambar dsb.
- Dipilih dan dicipta sendiri.
- Nota tersebut dapat diceritakan semula.
- Guna teknik AKRONIM & AKROSTIK.
- Boleh pelbagaikan bentuk nota seperti :
- Peta Konsep
- Peta Minda
- Kad Imbasan - Langkah-langkah :
- Dapatkan senarai semak keseluruhan tajuk bagi mata pelajaran yang ingin dikuasai.(Tajuk-tajuk peruncingan/ ramalan)
- Agihkan tajuk-tajuk kepada ahli kumpulan.
- Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab menyediakan nota ringkas bagi tajuk yang diberi.
- Gunakan kertas A4 atau kad untuk menulis nota.
- Tulisan mesti jelas dan boleh dibaca oleh setiap ahli.
- Bilangan mukasurat bagi setiap topik mestilah tidak kurang dari 4 dan tidak lebih dari 6 mukasurat. (bergantung pada isi pelajaran)
- Setelah selesai tugasan, ketua kumpulan mengumpulkan nota untuk dibuat salinan pendua dan diedarkan kepada setiap ahli kumpulan.
- Pada tahap ini setiap ahli kumpulan telah mempunyai set nota yang lengkap.
- Pelajar yang bertanggungjawab menyediakan nota perlu memberi penerangan bagi topik masing-masing mengikut giliran.
- Setelah semua ahli memahami isi nota, pelajar boleh melaksanakan aktiviti mengingat nota dgn menggunakan teknik berikut :
- Pembacaan dengan menyebut (baca kuat)
- Gambaran minda
- Menulis semula
- Sediakan set-set soalan tahun lepas.
- Pelajar akan menjawab soalan secara berkumpulan.
- Jawapan kepada setiap soalan hendaklah dibincangkan bersama-sama dan ditulis di atas kertas kajang.
- Semua soalan mesti dijawab dalam masa yang diberikan.
- Jika menghadapi sebarang masalah, pelajar dibenarkan melihat nota yang disediakan semasa AKTIVITI 1 atau merujuk buku teks.
- Kertas jawapan hendaklah disimpan sebagai bahan ulangkaji dan rujukan.
- Pada tahap ini anda dikehendaki memilih satu set soalan tahun-tahun lepas yang telah dilaksanakan dalam AKTIVITI 3.
- Anda akan menjawab soalan yang akan dipilih secara individu. Perbincangan sama sekali tidak dibenarkan.
- Masa yang diberi untuk menjawab soalan adalah separuh masa sebenar. Contoh : Tasawwur Islam kertas 2 adalah 2 jam 30 minit. Oleh itu masa yang diperuntukkan adalah 1jam 15 minit sahaja.
- Mematuhi masa yang diberi adalah penting bagi melatih anda menjawab dengan tepat dan cepat.
- Anda sepatutnya mendapat markah 100% bagi langkah ini kerana soalan-soalan tersebut telah dijawab dalam AKTIVITI 3.
- Rujuk skema jawapan yang disediakan dan bincang dengan guru jika tidak berpuas hati
0 comments:
Post a Comment